Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 24, 2014


JOHOR BAHRU - Kira-kira 1, 500 pekerja asing sebuah kilang elektronik warga Nepal mogok hampir 36 jam apabila mendakwa majikan telah mengabaikan rakan mereka yang mengalami masalah kesihatan sehingga meninggal dunia.

Keadaan bermula tegang sejak Khamis lalu selepas kematian seorang pekerja lelaki warga Nepal mengakibatkan pekerja lain yang berasal dari negara terbabit enggan bekerja, malah turut bertindak ganas.

Kumpulan mogok terbabit bertindak merosakkan pelbagai barangan di bangunan asrama yang turut menempatkan pekerja asing daripada pelbagai negara.

Pengarah eksekutif syarikat berkenaan yang dikenali sebagai Datuk Tan berkata, pekerja Nepal bertindak di luar kawalan selepas berlaku salah faham sehingga menyebabkan pekerja asing dari negara lain tidak dapat bekerja selepas asrama pekerja turut dikepung.

“Ia berpunca daripada kekeliruan disebabkan rakan mereka yang meninggal dunia itu masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun. Jadi mereka salah sangka dan beranggapan syarikat mengabaikan kebajikan si mati termasuk tidak dibayar gaji.

“Memang benar lelaki terbabit baru bekerja setahun dan setiap pekerja asing mempunyai tiga tahun kontrak. Namun pihak syarikat tetap membayar gaji si mati termasuk memberikan pampasan,” katanya.

Disebabkan insiden itu, pihak syarikat menanggung kerugian kira-kira RM500, 000 disebabkan operasi di bahagian pengeluaran tergendala selain menanggung kerosakan di kawasan asrama pekerja.

Selain merosakkan barangan di asrama,  kumpulan mogok juga merosakkan pondok pengawal keselamatan selain sebuah van yang berada di kawasan itu juga terbalik selepas kumpulan berkenaan semakin bertindak berani.

Bagaimanapun, Tan berkata, insiden berkenaan berakhir selepas pihak syarikat mengadakan perbincangan dengan wakil pekerja warga Nepal bagi menjelaskan kekeliruan.

Beliau turut menafikan pihak syarikat telah membiarkan pekerja Nepal yang mengalami sakit dada itu sehingga meninggal dunia.

"Kita memberi bantuan kepada pekerja Nepal itu termasuk menghantarnya ke hospital sebelum meninggal.

“Selepas pihak kita menjelaskan perkara sebenar, pekerja warga Nepal tersebut akur dan turut berjanji akan kembali bekerja pada shif jam 7 malam ,” katanya. - Sinar Harian

8 comments:

  1. Halau binatang2 ni blk ke habitat asal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo halaw mereka balik negara asal leh panggil orang kampong Bt5 skudai keje ganti tempat mereka ke.
      Kalo tak ada mereka (perkerja asing) yang kerja kat situ kilang tu leh tutup.
      Dan Kalo tak ada mereka (para perkerja asing) yang berkerja kat sini banyak kilang kat Malaysia leh tutup dan kerajaan tak dapat cukai.

      Delete
    2. Tak baik cakap macam tu, mereka manusia juga, takda beza sikit pun antara kau, aku dan mereka Allah ciptakan, beza hanya iman dan taqwa, dan fyi aku pernah kerja ngn dorang sbgai store keeper part time waktu cuti sem, dorang memang hardworking, and bagi aku kadang2 management atasan abaikan dorang, aku tau sbb aku ada pengalaman tgk dorang kena maki apa sume sbb smting yg dorang tak buat, mentang2 dorang dari ngara miskin, sdap2 buat dorang cam binatang

      Delete
    3. memang dasar haiwan kena layan mcm haiwan.ko nak bela sangat ko suruh duk rumah ko rasa camne.

      Delete
    4. Cyka kawin je la dengan nepal tu..pegi balik ikut nepal..nepal lay yang sembelih warga muslim kita...

      Delete
    5. tak perlulah sampai nak kutuk diorang mcm tu skali.. agak2 lah WOIIII..

      Delete
  2. Kalo dan mcm nie gayanya hantar jer balik Nepal balik.... Membahayakan org lain...

    ReplyDelete
  3. 500 ribu rugi? X mungkin, mesti ade org tambah masuk rugi lain dan duit songlap.

    ReplyDelete