Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

ALOR SETAR - Dua pelancong asing iaitu warga Turki adalah antara yang turut serta dalam kempen memboikot produk pro Israel di City Plaza di sini, hari ini.

Difahamkan, penyertaan mereka adalah sebagai membantah kekejaman Zionis terhadap penduduk di Palestin.

Himpunan hampir sejam itu berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal meskipun berlaku provokasi terhadap perkhidmatan syarikat itu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, pihak pengurusan McDonald’s terpaksa menutup operasinya buat sementara waktu ketika kempen berlangsung di hadapan premisnya demi keselamatan pekerja.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mat Akhir Jaafar ketika ditemui berkata, keadaan di situ terkawal.

“Semuanya terkawal dan polis hanya datang mengawal keadaan dan lalu lintas,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment