Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

BUKIT MERTAJAM – Tiga puluh tujuh rakyat asing ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Pulau Pinang di sebuah tapak pembinaan, di Empangan Mengkuang di sini, awal hari ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang Hasbullah Abdul Rashid berkata mereka yang ditahan dalam operasi empat jam itu terdiri daripada 33 warga Indonesia termasuk 10 wanita dan empat lelaki warga Myanmar.

Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan dokumen perjalanan tamat tempoh, katanya dalam sidang akhbar di sini.

Hasbullah berkata kesemua mereka yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu dihantar ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru.

Sebanyak 52 rakyat asing yang dipercayai bekerja di tapak pembinaan itu diperiksa dalam operasi yang berakhir pada 2 pagi itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment