Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 21, 2014

No Comment

BUTTERWORTH – Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merompak seorang wanita warga China di Jambatan Pulau Pinang di sini pada 3 Ogos lalu.

Tertuduh, Wan Noorsaiful Abdullah, 23; Muhammad Fuzairi Azmi, 23; Mohamad Azrul Azlan Mohamad, 19, dan Mohamad Kamal Masiran, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Mereka dituduh secara bersama melakukan rompakan berkumpulan dengan merampas beg tangan jenama Gucci, sebuah telefon bimbit iPhone 5, seutas rantai emas, seutas gelang tangan emas, kamera jenama Casio, wang tunai RM1,000 dan tunai mata wang Amerika AS$1,000 serta seutas jam tangan jenama CK milik mangsa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hentian rehat Jambatan Pulau Pinang, dekat sini pada jam 3.30 pagi pada 3 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Sementara itu, di mahkamah sama, Mohamad Azrul Azlan turut didakwa merogol mangsa di kawasan bendang Sungai Lokan, di sini, antara jam 3.30 pagi dan 7.07 pagi pada 3 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit. – BH Online

0 comments:

Post a Comment