Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment

BESUT – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempunyai 40,000 guru layak mengajar Bahasa Inggeris melalui ujian kemahiran Cambridge English Placement Test (CEPT) dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa utama dunia itu.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata sehingga kini seramai 5,000 guru dari seluruh negara telah lulus mengikuti latihan lanjutan oleh British Council hasil dari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Katanya mereka yang telah lulus, layak memperolehi gred C1 atau C2 bagi membolehkan mereka mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Buat masa ini terdapat 9,000 guru Bahasa Inggeris akan dan sedang mengikuti latihan kursus sebelum menduduki CEPT yang dijangka pada Oktober, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan guru-guru pelatih kursus Bahasa Inggeris (TESL) dari Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan (IPGSM) Besut kepada pentadbir 10 buah sekolah rendah di daerah itu yang menjalankan Program Lingo Outreach bagi memperkasakan bahasa Inggeris di kalangan murid-murid sekolah rendah yang terpilih.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Pengarah IPGSM Besut Dr Mohd Aziz Mohd Din. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment