Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

No Comment

JOHOR BAHRU – Polis menahan 42 pekerja rakyat Nepal yang dipercayai merusuh dan membakar sebahagian bangunan kilang membuat komponen pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Kelapa Sawit dekat Kulaijaya, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Superintendan Mohd Idris Samsuri berkata, kesemua pekerja itu ditahan antara pukul 8.30 malam tadi hingga pukul 8 pagi ini di sekitar kawasan kilang tersebut.

“Mereka akan membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kilang itu memberhentikan operasi sementara hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Dalam kejadian itu, kira-kira 800 pekerja asing mengadakan mogok bermula pukul 9 pagi termasuk membakar kereta milik seorang pengurus kilang dan merosakkan bangunan kilang berkenaan.

Tindakan didakwa dilakukan berikutan rasa tidak puas hati terhadap majikan yang dikatakan mengabaikan kebajikan mereka.

Sebanyak 75 anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan 50 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Keadaan pada awalnya berakhir dengan baik selepas kedua-dua pihak mengadakan rundingan, bagaimanapun ia bertukar ganas apabila sebahagian daripada mereka bertindak membakar sebuah daripada empat blok kilang malam tadi. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment