Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment

BEIJING – Sebuah bas pelancongan terhumban 10 meter dari tebing bukit di sebuah lebuh raya Tibet selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) dan trak pikap, mengorbankan 44 orang dan mencederakan 11 yang lain.

Menurut agensi berita Xinhua, bas yang membawa 50 penumpang itu menjunam di pergunungan selatan Tibet, petang semalam. Nahas berlaku di daerah Nyemo, kira-kira 90 kilometer dari Lhasa, ibu kota Tibet.

Kebanyakan penumpang terdiri daripada empat wilayah di China. Terdapat empat orang dalam SUV berkenaan dan seorang pemandu trak, namun keadaan mereka belum dapat dipastikan lagi.

Polis sudah menahan pengurus sebuah agensi pelancongan dan syarikat pelancongan yang berkaitan dengan bas terbabit. – AP

0 comments:

Post a Comment