Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment

Ketua Cawangannya, Akram Karim Mohamad Arip, menerusi Ops Titik pada jam 6.30 petang itu, sebanyak 44,000 liter minyak diesel bersubsidi dirampas.

Menurutnya, operasi itu adalah hasil kejayaan pihaknya mematahkan cubaan sama di Batu 10, Hutan Melintang seperti dilaporkan, semalam.

“Hasil pemeriksaan pada tangki minyak dan tangki air mendapati, ia mengandungi minyak diesel bersubsidi disorokkan di dua tangki berbeza dalam satu premis sama.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua tangki mengandungi 44,000 liter minyak diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM113,080 dan disita oleh pihak kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, pagi semalam.

Akram Karim berkata, pemilik premis disyaki menggunakan tangki air jenis fiber bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, tangki setinggi kira-kira enam meter itu mengandungi kira-kira 36,000 liter minyak diesel subsidi yang disyaki diseleweng.

Menurutnya, kedua-dua tangki tersebut turut diletakkan kotak-kotak ikan yang rosak sebagai salah satu taktik mengaburi mata pihak berkuasa.

Beliau berkata, pihaknya mengesyaki pemilik premis mendapatkan bekalan dari nelayan laut dalam menjual minyak mereka dengan harga ditawarkan.

“Minyak diesel subsidi yang didakwa dibeli dari pihak tidak bertanggungjawab ada kemungkinan dijual kepada pihak industri dengan harga murah berbanding di pasaran.

“Kami juga menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang mengatakan premis tersebut miliknya untuk tujuan soal siasat bagi mendapatkan maklumat.

“Ini ada sitaan minyak diesel bersubsidi terbesar setakat ini bagi Daerah Hilir Perak untuk tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan terhadap mana-mana individu mahupun syarikat melakukan penyelewengan minyak diesel bersubsidi kerana ianya kesalahan serius.

Menurutnya, minyak diesel di dalam kedua-dua tangki bersubsidi disita dan anggotanya diletakkan di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman penalti denda RM100,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika di sabitkan kesalahannya.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melibatkan diri dalam kegiatan haram ini malah kami akan terus membuat rondaan tak kira siang atau malam bagi tujuan membanteras kegiatan ini daripada berleluasa.

“Orang awam mempunyai maklumat mahupun mengesan penyelewengan kawalan, boleh mengemukakan aduan kepada pihak kementerian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau menghubungi mana-mana pejabat kementerian untuk menyalurkan maklumat,” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment