Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014


KOTA KINABALU – Kerugian berjumlah RM1.24 juta dicatatkan membabitkan 46 kes penipuan transaksi wang oleh individu menyamar pegawai Bank Negara dilaporkan di Sabah sepanjang tempoh empat tahun sehingga Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah Superintendan Saiman Kassim berkata, sepanjang tempoh itu, trend penipuan menunjukkan peningkatan setiap tahun iaitu tiga kes pada 2010 dengan kerugian RM66,830; tujuh kes dengan kerugian RM93,588 pada 2011 manakala pada 2012 sebanyak 12 kes membabitkan kerugian RM475,192.

Beliau berkata, lapan kes dilaporkan dengan kerugian RM167,743 pada tahun lepas manakala bagi tempoh Januari hingga Julai lepas meningkat kepada 16 kes melibatkan kerugian RM433,084.

“Berdasarkan siasatan, modus operandi suspek akan menelefon mangsa memberitahu wang dalam akaun bank mangsa dalam keadaan bahaya atau sistem bank tersebut telah digodam.

“Seterusnya, suspek memperdayakan mangsa supaya mengeluarkan semua wang dalam akaunnya dan memasukkan sementara ke dalam akaun bank yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Saiman berkata, sebanyak 33 akaun daripada sembilan bank tempatan dikenal pasti digunakan oleh kumpulan suspek yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara bagi mengaut keuntungan dengan mengarahkan mangsa melakukan transaksi wang melalui akaun bank berkenaan.

Beliau berkata, akaun bank yang terlibat ialah Alliance Bank, Hong Leong Bank, Public Bank, Maybank, Ambank, RHB Bank, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat.

Menurutnya, kesemua mangsa dipilih secara rawak tanpa mengira peringkat umur dan jantina.

Katanya, kes terbaharu dilaporkan pada 22 Julai lepas melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 55 tahun yang bekerja jurujual kerugian RM55,000 selepas ditipu oleh seorang wanita tidak dikenali yang mendakwa dirinya pegawai Bank Negara.

Menurut Saiman, semakan polis mendapati kumpulan suspek menggunakan 20 nombor telefon yang berdaftar di Kuala Lumpur, tujuh nombor telefon bimbit dan satu talian bebas tol bagi memperdayakan mangsa.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan memasukkan wang ke dalam akaun pihak lain kerana pihak Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank tidak akan membuat urusan transaksi wang melalui telefon.

Sebarang keraguan, hendaklah menyemak terlebih dahulu dengan bank berkaitan atau lapor kepada mana-mana balai polis berdekatan, katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment