Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Enam ratus pemandu teksi daripada Persatuan Pemandu Teksi Makkal Communication Kuala Lumpur akan mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing masing sepanjang bulan kemerdekaan negara ke-57 tahun ini.

Pengerusinya, K.Muthu berkata acara berkenaan dilakukan sejak 11 tahun lalu bagi menyemai semangat patriotik di kalangan pemandu teksi, setiap kali menjelangnya tarikh keramat itu.

“Bagaimanapun tahun ini, kita buat secara sederhana bagi menghormati (mangsa) tragedi MH370 dan MH17,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program berkenaan di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan anggota Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, P.Gunaseelan.

Sementara itu, seorang pemandu teksi, Zainudin Mukaram, 47, berkata beliau mengikuti program mengibar Jalur Gemilang itu buat kali pertama walaupun telah tujuh tahun bekerja sebagai pemandu teksi.

“Saya berharap acara sebegini dapat diteruskan setiap tahun kerana ia mampu menyemai semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia, selain dapat mengeratkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment