Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

IPOH – Tujuh lelaki termasuk dua beradik ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Menora, Senggang Sayong dekat Kuala Kangsar di sini, kerana dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah, ubat batuk serta air ketum pada Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata suspek berusia lingkungan 18 hingga 46 tahun dan polis menahan mereka hasil maklumat awam.

“Polis merampas 172 ubat batuk pelbagai jenama dengan anggaran berat kasar 17.233 liter, pil disyaki dadah Amphetamine sebanyak 55 paket dengan jumlah keseluruhan 550 biji serta 216 bungkus air ketum,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata barangan itu dipercayai dijual untuk pasaran tempatan dengan nilai keseluruhan jualan RM4,450.

“Mereka aktif menjual air ketum sejak tiga bulan lepas manakala dadah sejak dua minggu lalu dan rumah itu dijadikan tempat untuk menyimpan barang barang tersebut. Kita akan cari individu yang menghasilkan dadah itu dan pembelinya,” katanya.

Katanya kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan mereka ditahan reman sehingga 15 Ogos. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment