Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Fasa pertama melibatkan 700 unit daripada 2,920 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi Pandanmas di Kampung Pandan, Kuala Lumpur dijangka siap pembinaannya pada Januari 2018.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata seramai 300 pembeli yang layak mencabut undi bagi memiliki fasa pertama pangsapuri itu.

Ia dibuka untuk jualan dengan harga kira-kira RM300,000 dan berkeluasan 900 kaki persegi (kps), dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan kemudahan awam lain.

“Ini janji kerajaan untuk kesejahteraan rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan dengan tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang perlukan kediaman selesa,” katanya pada pelancaran dan sesi pengundian Rumawip Residensi Pandanmas di sini, hari ini.

Rumawip dibangunkan Syarikat Pemaju Faber Vista Sdn Bhd dan akan dilaksanakan secara berfasa dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik dirancang dibina di Wilayah Persekutuan menjelang 2020 dengan 50,000 unit akan dibangunkan di Kuala Lumpur, 20,000 unit di Putrajaya dan 10,000 di Labuan.

Pada sidang akhbar kemudian, Tengku Adnan berkata memandangkan kawasan pembinaan melibatkan 250 unit rumah setinggan, sebanyak 250 unit rumah kos rendah dengan keluasan kira-kira 800 kps akan turut dibina bagi keselesaan mereka.

Sementara itu, kerja-kerja pembinaan Rumawip di Kampung Ganggarak, Labuan bermula April lepas dan projek itu dijangka dilancarkan dalam masa terdekat, katanya.

Mengenai cadangan pembangunan dan pemodenan semula perumahan lama khususnya yang berkeluasan antara 380 hingga 580 kps, beliau berkata projek itu akan diteruskan di penempatan lain.

“Ia untuk memberi keselesaan kepada rakyat Wilayah Persekutuan dengan memodenkan sekurang-kurangnyanya 800 kps atau 750 kps. Dua projek yang telah dilancarkan ialah di Kampung Kerinchi dan Razak Mansion di Salak Selatan (Kuala Lumpur),” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment