Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014


Sebuah kereta pengurus kilang diterbalik dan dibakar dalam satu kejadian mogok oleh kira-kira 800 pekerja asing kilang membuat komponen pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Kelapa Sawit, Kulai, Johor Selasa.

Kejadian dikatakan bermula pukul 9 pagi menyebabkan bahagian depan pejabat pengurusan kilang itu rosak kerana dibaling objek keras.

Tindakan mogok itu didakwa dilancarkan berikutan rasa tidak puashati pekerja terhadap majikan yang dikatakan mengabaikan kebajikan mereka.

Seorang pekerja warga Nepal, Kishor Rai, 23, yang sudah bekerja selama lima tahun berkata, tindakan mereka itu dilakukan kerana pekerja warga asing itu sudah tidak dapat bertahan dengan penindasan terhadap mereka.

“Mereka (pihak pengurusan) sering memukul kami walaupun hanya melakukan kesalahan kecil tanpa memberi teguran atau berbincang terlebih dahulu,” kata warga Nepal itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Selain itu, beliau mendakwa gaji bulanan mereka sering dipotong dan elaun kerja lebih masa tidak dibayar mengikut jumlah sepatutnya.

Gaji dipotong untuk kemudahan hostel pekerja sedangkan sebelum ini ianya dijanjikan secara percuma untuk pekerja.

Kishor berkata, pelbagai aduan telah dikemukakan namun penindasan masih berterusan dan mereka berharap majikan bersikap lebih prihatin terhadap mereka selepas kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Supt Mohad Idris Samsuri mengesahkan kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

“Belum ada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dan menambah kata pihak pengurusan kilang akan mengadakan perbincangan bersama wakil pekerja dan pihak kedutaan Nepal.

Beliau ebrkata seramai 75 anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan 50 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan. –BERNAMA

0 comments:

Post a Comment