Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin Semporna memberkas empat lelaki dan merampas 8,505 liter minyak diesel dan petrol bersubsidi di sini pada Khamis lepas dalam dua operasi berasingan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata rampasan pertama dilakukan di kawasan Pulau Mataking selepas pihaknya mengesan sebuah bot laju yang dalam keadaan mencurigakan di perairan Pulau Mantabuan sedang dalam perjalanan menuju ke perairan sempadan antarabangsa, Filipina.

Menurutnya setelah diperiksa pihaknya mendapati terdapat 505 liter minyak petrol yang dimuatkan dalam 17 gelen ditutup dengan kanvas di dalam bot itu.

Juragan dan anak perahu bot itu turut ditangkap dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 12,629 termasuk bot dan enjin, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya kes itu disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana kesalahan menyeludup.

Mohamad berkata satu lagi rampasan minyak diesel bersubsidi berjumlah 8,000 liter dilakukan di Jeti Tampi–Tampi dekat sini.

Katanya ketika diserbu dua lelaki sedang mengepam minyak diesel subsidi dari sebuah kapal menangkap ikan ke dalam tangki jenis gentian yang berada di atas jeti itu.

Beliau berkata setelah diperiksa, didapati terdapat tiga tangki berisi dengan muatan minyak diesel dan dipercayai akan dijual untuk kegunaan di ladang kelapa sawit di sekitar daerah ini.

Katanya nilai keseluruhan bagi rampasan minyak diesel dianggarkan sebanyak RM 218,100 yang membabitkan minyak diesel dan kapal menangkap ikan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment