Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

22 OGOS: Tidak sampai 24 jam diangkat secara rasmi sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) baru, Nik Nazmi Nik Ahmad sudah berhadapan dengan cabaran besar apabila ada mula menolak beliau sebagai pemimpin sayap PKR.

Beliau yang menggantikan Shamsul Iskandar Mohd Akin dilihat gagal mendapat sokongan akar umbi   apabila barisan exco baru yang dilantik melalui Kongres AMK ke-10 bertindak keluar dari dewan persidangan.

Lebih separuh daripada barisan exco meninggalkan pentas sebelum Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia, Selangor menyampaikan ucapan Penangguhan Kongres AMK.

Nik Azmi dan peguambela beliau N. Surendran di luar mahkamah, selepas dilepaskan pada Selasa.
NIK NAZMI…kepimpinannya mula ditolak

Beberapa pemimpin AMK yang turut ditemui mendakwa apa yang berlaku menunjukkan penolakan dan protes terhadap jawatan yang baru disandang Nik Nazmi.

Paling ketara, timbul kemusykilan berkenaan keputusan yang diperoleh Nik Nazmi di cabang Pensiangan, Sabah.

“Kita rasa ada sedikit kemusykilan di cabang Pensiangan Sabah yang mana ada sedikit penipuan di sana, kita nampak bantahan telah dibuat tetapi tidak diambil kira.

“Sepatutnya dibatalkan tetapi diterima semula kerana untuk memenangkan seseorang, apa yang dibuat ini tanda penolakkan, protes terhadap kepimpinan Nik Nazmi,” kata satu sumber kepada bnbbc.my

Beliau melihat ini sebagai satu cabaran berat buat Nik Nazmi yang baru dilantik apabila adanya tuduhan penipuan daripada ahli-ahli AMK yang hadir hari ini.

“Itu mesej yang jelas kita hantar kepadanya supaya dia tidak boleh buat keputusan tanpa mesyuarat, tanpa persetujuan ahli mesyuarat.

“Saya boleh cakap ini cabaran getir bagi Nik Nazmi dan menyakinkan barisan kepimpinannya.

“Mereka boleh bekerjasama dalam memantapkan AMK cuma mahu memberi mesej,” tambah beliau lagi.

Walau bagaimanapun, Nik Nazmi ketika ditemui para pemberita selepas selesai persidangan enggan memberikan sebarang komen berkenaan insiden ini.

Malah, beliau meminta semua ahli AMK untuk terus bekerja bagi memantapkan barisan kepimpinan PKR bersama barisan kepimpinan baru AMK bagi sesi 2014-2017.

“Saya tidak akan berikan sebarang komen berkenaan keputusan yang melibatkan teknikal. Apa juga keputusan saya terima dan saya sendiri dari AMK Malaysia, kumpulan saya sendiri, Afif (Bahardin) daripada AMK baru, Azmizam (Zamanhuri) daripada Nadi AMK dan saya boleh terima mereka semua di dalam kumpulan saya,” katanya.

Nik Nazmi berjaya mengambil alih tampuk kepimpinan Shamsul melalui pemilihan parti dengan jumlah undi sebanyak 4,509 mengalahkan Amirudin Shaari dengan majoriti 250 undi.

Amirudin memperoleh 4,259 undi manakala pencabar ketiga iaitu Mohd Nazree Yunus mendapat 2,213 undi.  -bnbbc.my

0 comments:

Post a Comment