Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

Tragedi pesawat Penerbangan Malaysia terus menjadi simpati masyarakat bila kes kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17 masih belum selesai. Ada yang mengatakan fobia menaiki pesawat dalam penerbangan yang jauh.

Namun pelakon paling popular Aaron Aziz tetap menjadikan Penerbangan Malaysia sebagai pilihan penerbangannya.

Dia secara terbuka dalam laman Facebook menyatakan pendirian tetap menjadikan Mas sebagai pilihan utama.

Hari ini Aaron selamat mendarat menaiki penerbangan Mas. Namun dia tidak nyatakan ke mana atau dari mana destinasinya.

“Alhamdulillah dah mendarat dengan selamat. Terima kasih Kapten Zainal dan krew Penerbangan Malaysia. Penerbangan Malaysia masih menjadi pilihan pertama, insya-Allah,” tulis Aaron dalam laman Facebooknya hari ini.

Sebagai seorang selebriti popular semestinya posting Aaron memberikan sedikit impak khususnya kepada segelintir penumpang yang mula rasa ragu dengan keselamatan bila menggunakan Mas untuk ke mana-mana destinasi. - www.manggaonline.com.my

0 comments:

Post a Comment