Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berbual di telefon dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengenai isu pembentukan kerajaan baharu 16 September dan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Anifah semasa pemeriksaan balas, mencadangkan kepada Anwar bahawa beliau telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah ketika beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 2008.

Anwar, 67, mengakui beliau berbual dengan  Anifah pada masa itu tetapi perbualan mereka adalah berkisar hal keluarga.

"Perbualan itu adalah mengenai hal keluarga kerana kami (beliau dan Anifah) adalah rakan baik sejak sekian lama. Saya tidak menawarkan jawatan TPM," kata Anwar.

Ketika Muhammad Shafee mencadangkan bahawa Anwar telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah kerana ia perkara penting, Anwar berkata: "Saya tidak boleh melakukan kesilapan yang cuai. Tidak mungkin saya membuat tawaran kepada seseorang dalam perbualan 10 minit." - Bernama

0 comments:

Post a Comment