Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014


Panjang jodoh mereka berdua nampaknya dan siapalah kita untuk meramalkan yang sebaliknya. Adam AF & Fiza Elite dilaporkan sudah kembali bersama atau dalam bahasa perkahwinannya kembali rujuk pada 17 Julai yang lalu selepas hampir tiga bulan bercerai.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman telah pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada hari Selasa yang sekitar jam 11.00 pagi untuk pendaftaran rujuk semua perkahwinan mereka.

BACA: Adam AF Berharap Dengan Izin Tuhan, Akan Kembali Bersatu Dengan Fiza

“Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka & masih terus berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang terbaik,” ujar Adam.

Adam turut menambah yang beliau dan Fiza banyak muhasabah diri dan mengkaji kesilapan diri masing masing dan berusaha untuk memperbaikinya.

Fiza pula berkata yang beliau impikan untuk mengerjakan umrah bersama Adam selain harapan untuk segera menimang cahayamata dengan suaminya itu.

BACA: Instagram Antara Punca Adam AF & Fiza Elite Bercerai (ext.)

“Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata Fiza dengan penuh harapan.

Pasangan ini juga memaklumkan mereka sudah berpindah masuk ke rumah baru di Shah Alam dan Fiza juga sudah berkunjung ke rumah keluarga Adam di Sabah dan beraya di sana beberapa hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Tahniah buat pasangan ini! - rotikaya.com

0 comments:

Post a Comment