Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014

One Comment

Keadaan Arshad Imanshah Antashah (16 bulan) yang muntah darah dan mengalami pendarahan hidung pada Rabu memaksa bapanya Antashah Mohd Nor merayu kepada orang ramai membantu mencukupkan dana perubatan agar anaknya segera menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Universiti Singapura (HUS).

Penyakit Atresia Biliari (hati) yang dideritai Arshad sejak lahir ibarat ‘bom jangka’ yang boleh membawa maut pada bila-bila masa.

Keluarga anak kecil ini hanya dapat berharap agar bantuan kewangan serta doa rakyat negara ini dapat menghentikan penderitaannya.

Antashah, ketika menghubungi Astro AWANI, berkata pemeriksaan doktor mendapati punca pendarahan adalah disebabkan saluran darah yang pecah.

“Secara amnya, muntah darah menandakan ada salur darah yang pecah dan apa yang akan dilakukan doktor adalah memasukkan kamera dan melihat saluran darah yang pecah kemudian mengikatnya untuk mengurangkan pendarahan.

“Risikonya sangat tinggi. Penyelesaian terbaik adalah menghantar Arshad ke Singapura dan membuat pembedahan. Fungsi hati Arshad semakin lama semakin merosot,” jelasnya sayu.

Antashah yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sedar risiko pembedahan itu selain berdoa, berharap dan berusaha agar dana pembedahan itu mencukupi sebelum segala-galanya ‘terlambat’.

Antashah sebelum ini mengambil inisiatif sendiri dengan mewujudkan satu ruangan khas di Facebook (FB) yang diberi nama ‘Donate and Save Arshad Imanshah’ bertujuan mengumpul dana bagi pembedahan pemindahan hati berkenaan.

Ia turut dikongsi orang ramai di beberapa laman sosial lain seperti di Instagram dan Twitter.

Bagaimanapun, pada Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini, Arshad menunjukkan sedikit perkembangan positif dan bertatih bersama ibu dan ‘daddy’ di rumah.

Jelas Antashah, dia berharap agar dana perubatan sebanyak RM320,000 dapat dicapai sasaran dalam masa 24 jam.

“Tolonglah, kongsikan rayuan saya supaya tabung ini cukup untuk biayai pembedahan Arshad. Jika cukup, saya akan bawa Arshad ke Singapura esok dan buat yang terbaik untuknya.

“Saya benar-benar mengharap dan terus berharap Arshad dapat menjalani pembedahan hati. Tolong doakan yang terbaik untuk Arshad,” ujarnya. ─ Astroawani.com




Akaun Maybank: 5628 4350 6388

Antashah Mohd Nor (bapa kepada Arshad Imanshah)

Email: imanimalda@gmail.com

1 comments:

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Anita Jones, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, firma-firma dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (anitajones154@gmail.com)

    ReplyDelete