Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014

No Comment

SELEPAS berehat panjang, Mohd Affendi Rosli tekad untuk bangkit menebus kegagalan di Indonesia apabila akan turun beraksi pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun, minggu ini.

Pelumba PETRONAS Hong Leong Yamaha itu memulakan saingan musim 2014 bersama pasukan baru dengan cemerlang apabila berjaya meraih tempat ketiga pada perlumbaan pertama dan muncul naib juara pada perlumbaan kedua di Malaysia namun beraksi hambar pada pusingan berikutnya di Indonesia apabila gagal menghabiskan perlumbaan pertama manakala hanya tamat di kedudukan ke-10 pada perlumbaan kedua.

Kegagalan itu menyebabkan Affendi jatuh ke kedudukan ketujuh keseluruhan dari kedudukan kedua dengan mengumpul 39 mata, 31 mata ketinggalan kepada pendahulu, Gupita Kresna dari Kawasaki KYT Rextor Manual Tech yang mengumpul 70 mata.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Norizman Ismail berada di kedudukan kedua dengan 52 mata diikuti rakan sepasukan Affendi, Ahmad Fazli Sham ketiga, 45 mata.

“Keputusan di Litar Sentul begitu mengecewakan. Jentera kami dalam keadaan terbaik namun nasib tidak begitu menyebelahi kami ketika perlumbaan. Kami perlu melupakan kekecewaan tersebut dan bangkit menghadapi cabaran di Jepun minggu ini,” jelas Affendi.

Mengulas lanjut, Affendi optimis dia mampu meraih keputusan lebih baik terutama dengan pengumuman penggunaan keseluruhan panjang litar di Autopolis dan juga di Suzuka untuk kategori Underbone 130cc.

“Secara peribadi, saya memang sukakan jarak litar yang lebih panjang kerana ia lebih seronok dan mencabar. Kami mempunyai lebih banyak ruang dan peluang untuk memintas. Begitu juga dengan pasukan, jurutera kami perlu cepat mendapatkan enjin yang seimbang dari segi kelajuan dan juga daya ketahanan,” jelasnya.

Bercakap tentang sasaran, Affendi berkata, “Saya mahu menang dan terus bersaing untuk memburu gelaran juara keseluruhan Underbone 130cc pada tahun ini. Saya mahu menghadiahkan kejayaan kepada pasukan kerana telah bekerja keras untuk saya,” jelas Affendi.

0 comments:

Post a Comment