Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dalam usaha mempertingkat semangat patriotik dalam kalangan rakyat bersempena sambutan bulan kemerdekaan 2014, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini turun padang untuk mengedarkan Jalur Gemilang di sini.

Dalam acara bersempena sambutan kemerdekaan ke-57 berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, beliau mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai dan premis perniagaan selain melekatkannya pada badan deretan teksi yang menunggu pelanggan.

Beliau turut memacak bendera kebangsaan itu di depan kompleks beli-belah yang terletak di kawasan tarikan pengunjung rakyat tempatan dan warga asing berkenaan.

“Memasang bendera di kediaman dan premis perniagaan masing-masing merupakan manifestasi paling mudah untuk menunjukkan kebanggaan dan rasa cinta kita kepada negara,” katanya kepada pemberita.

Aktiviti lain bersempena program itu ialah nyanyian lagu patriotik oleh kumpulan penghibur jalanan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment