Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

AIRASIA hari ini melancarkan perkhidmatan kurier kos rendah ‘Redbox’ yang bukan sahaja menawarkan penghantaran cepat tetapi juga 50 peratus lebih jimat berbanding syarikat lain.

Perkhidmatan baharu ini dibangunkan sepenuhnya oleh AirAsia bagi menyediakan  penghantaran cepat untuk sektor perniagaan, pengguna biasa, korporat dan pekerja asing seberang laut menghantar bungkusan biasa dan produk serta dokumen di semua laluan syarikat penerbangan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat itu hanya menggunakan 18 peratus daripada ruangan perut pesawat, sekali gus membolehkan syarikat meneroka bidang ini tanpa perlu membeli pesawat kargo.

“Pendapatan sampingan ini menokok sekitar 20 peratus kepada perolehan kami dan kami mahu terus mempertingkatkan perkhidmatan baharu seperti Redbox ini.

“Menerusi Redbox, kami juga berharap untuk membuka horizon baharu perniagaan di Malaysia dan rantau ini,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan perkhidmatan itu di sini.

Rangkaian laluan AirAsia kini meliputi 88 destinasi dan 22 negara, sekali gus memberi lebih banyak peluang perniagaan untuk usahawan tempatan yang menggunakan perkhidmatan Redbox.

Perkhidmatan baharu ini yang dipasarkan secara bersama oleh R Box Asia Pte Ltd boleh diakses dalam talian di redbox.airasia.com dengan operasi strategik di enam negara Asia dan 31 bandar utama di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Nepal.

Syarikat itu juga merancang untuk memperluas perkhidmatan kurier tersebut ke Australia, Jepun, China, Hong Kong dan lain-lain. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment