Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Khutbah khas bertajuk ‘Hakikat Luh Mahfuz’, di Masjid Putra di sini sempena Hari Perkabungan Negara hari ini, memberi pengertian besar dalam kehidupan umat Islam yang wajib percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku adalah ketetapan daripada Allah SWT.

Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata pemilihan tajuk itu telah dibincangkannya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan kewajaran kandungannya dengan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.

“Sesungguhnya manusia tidak boleh lepas daripada Qada’ dan Qadar Allah SWT dan bagi kita umat Islam, kita kena percaya bahawa Qada dan Qadar Allah SWT sememangnya wujud. Malah, rezeki kita, mati kita semua ditentukan oleh Yang Maha Esa.

“Kalau berlaku apa-apa, bukanlah seharusnya kita patut runsing kerana ini adalah ketetapan Allah SWT dan seharusnya kita kena terimanya dengan hati yang terbuka,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Syaikh Ismail berkata pengertian Luh Mahfuz itu sendiri bermaksud satu ketetapan Allah SWT yang tidak dapat diramal atau diduga oleh manusia.

Sebelum itu, belia mengimamkan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib di Masjid Putra di sini.

Turut menunaikan solat itu ialah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kira-kira 5,000 jemaah.

“Saya berharap waris dapat menerima insiden yang menimpa keluarga mereka dengan hati yang terbuka. Bahawasanya Allah lebih menyayangi mereka (mangsa MH17),” katanya.

Kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam pagi tadi sebelum diberi istiadat penghormatan tertinggi negara.

Daripada jumlah itu, 11 jenazah beragama Islam dan 9 lagi bukan beragama Islam.

Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang termasuk anak kapal telah ditembak jatuh, namun setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment