Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014


Bagus betul Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia buat kerja. Memang kalau pergi ke laman Facebooknya, ada saja gambar yang mereka update menunjukkan kerja keras mereka.

Kali ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekali lagi membuktikan mereka cekap dan peka dengan keadaan sekeliling dengan menggagalkan cubaan merompak di sebuah stesen minyak Shell di Tabuan Jaya, Sarawak sekitar jam 12 tengah malam semalam.



Ringkasan kejadian, seorang perompak cuba memecahkan cermin kedai serbaneka di stesen minyak tersebut. Tetapi, perompak itu terlupa yang stesen minyak itu bersebelahan dengan balai bomba.

Kerana dekat, bunyi cermin kaca pecah didengari oleh anggota bomba di balai bomba dan bomba terus bergegas ke stesen minyak tersebut.

Kerana terkejut dengan kehadiran bomba, perompak itu bergegas melarikan diri meninggalkan motosikal yang dinaikinya di tempat kejadian. Pemeriksaan polis mendapati motosikal itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.



Apa pun, syabas kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat diatas kepekaan anda! - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment