Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Seorang bekas anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, empat tahun lalu.

Hakim M Bakri Abd Majid memerintahkan Hamdan Ismail, 51, yang juga anggota PKR menjalani hukuman setahun penjara lagi sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan pertama, Hamdan dipenjara tiga tahun dan denda RM100,000 kerana menggunakan jawatannya untuk mendapatkan kelulusan bagi syarikat milik anaknya Yuwafee Heidi, iaitu Alam Muhibbah Enterprise, untuk melaksanakan kerja membina bonggol di Jalan LEP 6 dan Jalan PP1 serta baik pulih jalan di sekitar Taman Equine, Seri Kembangan, pada harga RM19,790.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh dipenjara setahun setelah didapati bersalah menggunakan dokumen Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk MPSJ Zon 19 bertarikh 3 Dis 2009 yang palsu, sebagai tulen.

Beliau didakwa melakukan kesalahan pertama di pejabat MPSJ di Subang Jaya pada Februari 2010 (tiada tarikh) dan kesalahan kedua di Bahagian Khidmat Komuniti Kompleks 3C, MPSJ Subang Jaya pada 3 Dis 2010.

Hakim M Bakri mengarahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak serta membenarkan permohonan peguam bela Ahmad Nizam Hamid agar pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sementara satu notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum 2 Sept.

Dalam penghakimannya, beliau berkata pihak pembelaan yang memanggil tiga orang saksi termasuk tertuduh dalam penghujahannya lebih besifat penafian semata-mata.

Hamdan yang menjalankan perniagaan sendiri telah membayar denda tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Sukri Seman. -BERNAMA

0 comments:

Post a Comment