Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

KUCHING – Sebanyak 400 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Sarawak yang sedang bertugas di Lahad Datu dan Sandakan, di Sabah, dijangka menamatkan tempoh tugasan mereka dalam masa kira-kira sebulan lagi, sebelum tempat mereka diambil alih.

Komander PGA Briged Sarawak Datuk Isa Munir berkata beliau tidak menerima sebarang arahan dari Ibupejabat Polis Bukit Aman untuk menambah jumlah anggota ke Sabah ketika ini walaupun pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) baru-baru ini memutuskan untuk melanjutkan tempoh perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Menurutnya beliau difahamkan selepas ini ada kemungkinan anggota dari batalion PGA yang berpengkalan di Semenanjung akan dihantar mengambil alih tugas anggota-anggota dari Briged Sarawak yang bertugas di Sabah apabila sampai tempohnya nanti.

“Ia untuk memberi ruang kepada pegawai dan anggota dari Briged Sarawak balik ke pengkalan, berehat dan menjalankan latihan. Sebab kita tak boleh kurangkan latihan mereka, bila balik mereka rehat sekejap, kemudian kembali teruskan latihan,” katanya ketika ditemui di majlis sempena sambutan Aidilfitri anjuran PGA Briged Sarawak di Batu Kawa, di sini.

Awal bulan ini Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun mengumumkan tempoh perintah berkurung dari pukul 6 petang sehingga 6 pagi di enam daerah Esszone (Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau) yang bermula pada 3 Ogos akan tamat pada 17 Ogos ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment