Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014

No Comment
MOHD Sadiq (kanan) memilih untuk mengangkat keranda bapa saudaranya. - Foto oleh HM
Sepang: “Saya menghadiahkan al-Fatihah sepanjang mengusung keranda. Saya akhirnya berpeluang ‘mendekati’ bapa saudara yang tidak pernah saya temui ketika hidup,” kata Lans Koperal Mohd Sadiq Zakaria, anggota pengusung yang mengangkat jenazah Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar.

Mohd Sadiq, 28, yang sudah enam tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, dia hanya mengetahui Penyelia Penerbangan Kabin MH17 itu adalah bapa saudaranya pada 3 Syawal lalu.
Menurutnya, dia diberitahu perkara itu oleh ibu, Bariyah Othman, 43, ketika pulang menyambut Aidilfitri di rumah keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Saya terkejut apabila ibu memberitahu seorang daripada mangsa tragedi MH17 berpangkat bapa saudara menerusi pertalian saudara sebelah ibu.

“Ketika itu, saya belum lagi tersenarai dalam tugasan mengusung jenazah dalam Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17. - myMetro online

0 comments:

Post a Comment