Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014


WHO berkata angka kematian wabak Ebola di Afrika Barat telah melepasi 1,000.

Agensi kesihatan PBB dalam satu kenyataan akhbar hari Isnin bahawa 1,013 orang terbunuh kerana wabak itu, yang telah melanda Guinea, Liberia, Sierra Leone dan mungkin Nigeria.

Pihak berkuasa telah mencatatkan 1,848 kes, termasuk kes yang berkemungkinan atau yang disahkan. Gejala seperti demam panas, muntah dan pendarahan telah diambil kira sebagai penanda aras bagi wabak ini. Wabak ini pertama kali dikenal pasti pada bulan Mac di Guinea, tetapi ia mungkin bermula beberapa bulan lebih awal.

Terkini daripada hasil yang direkodkan oleh WHO, dari 7 hingga 9 Ogos,  52 orang telah meninggal dunia dan 69 lagi dijangkiti.

Ebola adalah virus yang boleh membawa maut dan tidak ada vaksin atau rawatan untuk penyakit ini, tetapi setakat ini tiga orang yang dijangkiti telah menerima ubat yang masih lagi dalam eksperimen.

0 comments:

Post a Comment