Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014


Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menolak beberapa tawaran untuknya dari beberapa pemimpin negara asing bagi perlindungan khas untuk prosiding akhir rayuan kes liwatnya pada Oktober depan.

Pada bulan Mac lepas, ketua pembangkang itu disabitkan kesalahan liwat keatas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Kesnya ini menunggu peringkat akhir rayuan pada 28 dan 29 Oktober di Mahkamah Persekutuan.

Menurut The Star, seorang pembantu politik yang mahu namanya dirahsiakan memaklumkan mengenai tawaran yang diterima Anwar benar-benar ada.

Sebelum ini The Star melaporkan Anwar telah menerima tawaran tersebut bagi mengelakkan dirinya daripada dikenakan hukuman penjara.

“Saya sudah bertemu beberapa pemimpin luar negara yang menasihati saya supaya keluar negara ini untuk mengelakkan dijatuhi hukuman penjara.

“Di umur saya ini, mereka tidak boleh membayangkan saya meringkuk dalam penjara,” kata Anwar berucap pada hari terakhir Kongres PKR semalam.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan tetap berada di Malaysia kerana yakin keputusan Mahkamah memihak kepada dirinya.

Anwar pernah dipenjarakan selama enam tahun atas kesalahan yang sama dan juga kesalahan salah guna kuasa pada 1998 yang menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri pada ketika itu. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment