Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

No Comment

PENJAGA gawang The Red Warriors (TRW), Khairul Fahmi Che Mat mahu rakan sepasukannya menutup kepincangan pasukannya apabila berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.

Khairul Fahmi atau dikenali Apex berkata, segala kelemahan yang membelenggu pasukannya ketika menewaskan Pulau Pinang 3-1 tempoh hari, perlu dielakkan memandangkan lawan yang menanti, ATM kini berada di puncak prestasi mereka.

“Kami tidak boleh mengulangi kesilapan lalu dan jika ada sekali pun, kami perlu meminimumkannya. Tugas berat menanti Kelantan kerana ATM sudah pasti mahu memburu kemenangan sulung.

“Jadi, kami tidak boleh leka, kena kekal fokus sehingga wisel penamat meski pun selesa mendahului lawan kerana dalam tempoh 90 minit, apa-apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak,” katanya, semalam.

Biarpun mengakui penyokong TRW tidak berpuas hati dengan prestasi Kelantan ketika bertemu Pulau Pinang tempoh hari, namun Khairul Fahmi enggan melatah sebaliknya menganggap ia pembakar semangat kepada mereka untuk kembali mempamerkan aksi lebih
konsisten selepas ini.

“Kami bawa semangat ketika mengalahkan Pulau Pinang ke Shah Alam. Saya harap kami boleh mengekalkan momentum kemenangan itu apabila bertemu ATM malam esok, meski pun persembahan pasukan tidak begitu memberangsangkan pada perlawanan tempoh hari,” katanya.

Mengulas sasaran Kelantan pada pertemuan malam esok, Apex yang merupakan penolong kapten menegaskan pasukannya bertandang ke Shah Alam dengan misi mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.

“Kami tidak boleh tercicir mata, satu mata mungkin memadai tetapi jika menang ia bonus buat Kelantan. Tetapi kami sedar bukan satu tugas mudah berdepan ATM lebih-lebih lagi bermain di gelanggang mereka.

“ATM, meski pun menamatkan kedudukan Liga Super musim ini di tangga sedikit ke bawah, namun skuad kendalian B Satiananthan wajar dihormati kerana membariskan ramai pemain berpengalaman,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment