Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 23, 2014

No Comment

LANGKAWI – Sebuah bot nelayan milik warga tempatan ditahan selepas dikesan menggajikan awak-awak asing tanpa kebenaran di kawasan Pulau Intan Besar, di sini, pagi semalam.

Bot pukat hanyut kelas A itu ditahan kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 1 (DM1) selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika menuju kawasan penarak, kira-kira jam 5 pagi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten (Maritim) Zulkarnain Mohd Omar, berkata bot berkenaan ditahan di kedudukan kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Intan Besar dan hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan menggajikan dua warga Thailand tanpa permit sah di sisi undang-undang.

“Susulan itu, bot pukat hanyut terbabit ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dengan menggunakan kru warganegara asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia.

“Bot dan dua awak-awak warga Thai itu kemudian diserahkan kepada Unit Siasatan DM 1 untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hai ini.

Zulkarnain berkata, pihaknya percaya pengusaha bot nelayan tempatan kini lebih gemar menggaji warga asing berikutan gaji dibayar kepada mereka lebih rendah berbanding mengupah rakyat tempatan sebagai pekerja.

Justeru, katanya, APMM akan mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan bagi membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.

Katanya, orang ramai boleh membantu dengan menyalurkan maklumat awam yang lengkap kepada pihak APMM di talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Daerah Maritim Langkawi 04-9662750. – BH Online

0 comments:

Post a Comment