Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014

No Comment

SAN JOSE, California – Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) menolak permohonan Apple untuk menyekat penjualan beberapa model telefon pintar Samsung yang didakwa meniru ciri-ciri iPhone.

Keputusan kelmarin dibuat hampir empat bulan selepas seorang juri memutuskan Samsung perlu membayar ganti rugi sebanyak AS$119 juta (RM376.1 juta) kepada Apple Inc kerana meniru teknologi dalam telefon pintar iPhone.

Ia bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding pampasan AS$2.2 bilion (RM6.6 bilion) yang diminta oleh Apple berhubung pertikaian mahkamah terbaharu antara dua pembuat telefon pintar utama dunia itu sejak isu tersebut timbul empat tahun lalu.

Apple sebelum ini meminta Hakim Lucy Koh agar mengeluarkan perintah melarang sembilan model telefon bimbit Samsung yang memiliki ciri teknologi Apple daripada dijual di AS.

Antara model telefon pintar tersebut ialah Samsung Galaxy Nexus, Galaxy Note, Galaxy Note II, Galaxy S II dan Galaxy S III serta Stratosphere.

Semua gajet itu dilengkapi sistem operasi Android percuma keluaran Google.

Koh bagaimanapun enggan berbuat demikian selepas Apple gagal mengemukakan bukti mencukupi bahawa perbuatan meniru harta teknologi oleh Samsung menjejaskan jualan dan reputasi Apple.

Sebaliknya kata Koh, Apple juga pernah melesenkan sebahagian ciri yang ditiru oleh Samsung itu kepada pembuat telefon bimbit lain yang merupakan saingan iPhone.

Apple yang beribu pejabat di Cupertino, California enggan mengulas keputusan hakim tersebut.

Namun, perkembangan itu disambut baik oleh Samsung dalam satu kenyataannya.

“Kami komited untuk menyediakan pilihan meluas produk inovatif kami kepada pengguna di AS,” kata kenyataan tersebut. – AP

0 comments:

Post a Comment