Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

LONDON – Arsene Wenger percaya Arsenal sudah membaiki kelemahan yang sebelum ini menjadi punca kelab bimbingannya menjadi mangsa belasahan menjelang pertembungan Piala Perisai Komuniti menentang Manchester City, Ahad ini.

Bekas pemain Gunners, Bacary Sagna menjadi pemain ketiga City dari Arsenal dalam tempoh beberapa musim namun Wenger mengakui skuadnya memperoleh kelebihan ketika jendela perpindahan.

Selepas membawa masuk Mesut Ozil dengan rekod perpindahan kelab, tahun lalu, Arsenal mendapatkan khidmat bintang Piala Dunia Chile, Alexis Sanchez dari Barcelona bulan lalu meyakinkan Wenger mereka kini adalah pencabar kejuaraan liga yang sebenar.

“Nampaknya kami yang mempunyai sedikit kelebihan. Kami tidak lagi lemah, ia sudah tentu. Kerana dalam masa dua tahun ini, kami sudah membawa masuk Ozil dan Sanchez,” kata Wenger.

Pada 2011, Wenger melepaskan dua pemain Perancis, Samir Nasri dan Gael Clichy ke City selain turut terlepas dua pemain berprofil tinggi, Cesc Fabregas dan Robin van Persie.

“Apa yang memenatkan ialah kehilangan pemain. Kepada Manchester City ataupun kepada pasukan lain, bagi saya ia sama,” kata Wenger yang mengakui kecewa dengan tindakan Sagna yang mengambil keputusan meninggalkan Arsenal selepas tujuh tahun bersama kelab London itu.

Arsenal tewas 6-3 kepada City musim lalu selain turut berdepan kekalahan besar kepada Liverpool (5-1) dan Chelsea (6-0) dan ketika ditanya adalah dia terkejut dengan keputusan itu, Wenger membalas: “Bimbang. Saya terkejut dengan jumlah gol yang kami lepaskan.

“Kami mempunyai Dr Jekyll dan Mr Hyde ketika bertahan malah mengharungi 18 perlawanan tanpa bolos. Namun ketika kami melepaskan jaringan, kami benar-benar memberi mereka peluang. Saya fikir ia adalah hilang keyakinan.

“Secara keseluruhan, kami nampak baik ketika bertahan ketika ini. Dan kami mempunyai peluang untuk membuktikannya,” kata Wengar. – AFP

0 comments:

Post a Comment