Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Tempoh singkat untuk menyediakan skuad ke Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan, bulan depan tidak melemahkan semangat ketua jurulatih baharu skuad hoki negara, Arul Selvaraj yang yakin beliau dapat menebus maruah pasukan Malaysia yang tercalar.

Menerima cabaran itu dengan penuh tenang, keutamaan jurulatih berusia 40 tahun itu ketika ini adalah usaha membangkitkan semangat juang dan menyatukan emosi para pemain dengan perlawanan.

“Setiap orang ada emosi berlainan tetapi bila pemain sudah turun padang, mereka harus satukan emosi mereka dan inilah yang akan membakar semangat mereka,” katanya.

Biarpun tanggungjawab diserahkan kepadanya adalah singkat singkat dengan sasaran membawa pasukan ke pentas final, Arul tidak menganggap tugas membimbing skuad kebangsaan sebagai kerja yang berat.

Arul dilantik sebagai ketua jurulatih sementara selepas Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) merehatkan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berikutan prestasi hambar skuad negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland dan juga Piala Dunia di The Hague, Belanda, baru-baru ini.

Arul, yang sebelum ini menjadi pembantu kepada ketua jurulatih dari Afrika Selatan, Paul Revington, berkata pengalamannya dengan skuad senior sebelum ini membolehkan beliau menerima cabaran ini dengan penuh tenang.

Selepas Revington meninggalkan pasukan senior awal tahun ini, MHC melantik Dhaarma Raj sebagai ketua jurulatih manakala Arul diberi tanggungjawab membimbing skuad ‘Projek 2016′.

“Saya mengenali 19 daripada 20 pemain, jadi ia akan melancarkan sedikit kerja saya. Saya tahu tahap kekuatan mereka dan mereka mengenali cara saya.”

Dalam sejarah Sukan Asia, skuad hoki negara belum pernah meraih pingat emas dan pencapaian terbaik ialah pingat perak pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China apabila Malaysia tewas 2-0 kepada Pakistan di final. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment