Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melancarkan dua lagi serangan udara di urara Iraq hari ini dengan memusnahkan satu kenderaan konvoi dan dua posisi mortar.

Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, John Kirby, berkata serangan dilakukan berdekatan Bandar Irbil yang membabitkan bedilan roket dan serangan jet pejuang tentera lautnya. Roket drone Amerika memusnahkan penempatan motar dan apabila pejuang Negara Islam kembali ke lokasi, mereka kemudian diserang dan dimusnahkan oleh jet pejuang, kata Kirby.


Sementara itu, dalam serangan berasingan, empat jet pejuang tenetra laut F/A-18 memusnahkan satu konvoi terdiri tujuh kenderaan tentera dan penempatan mortar di luar Irbil.

Kirby berkata, jet berkenaan terbang dari kapal induk USS George HW Bush dan membedil lapan misil kawalan laser.

Awal semalam, tentera AS memulakan serangan udara ke atas penempatan artileri pejuang Negara Islam Iraq yang menembak askar Kursid berdekatan markas tentera AS.
Presiden Barack Obama lewat semalam memberikan kebenaran kepada tentera AS melancarkan serangan udara terhadap kumpulan militan Islam yang didakwanya mengancam keselamatan anggota tentera AS di negara itu. - AP

0 comments:

Post a Comment