Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

No Comment

JUARA bertahan, Atletico Madrid sekadar memungut satu mata dalam kunjungan ke Rayo Vallecano pada saingan pembukaan La Liga, awal pagi semalam.

Pada pertemuan di Vallecas Teresa Rivero itu, Los Colchoneros seri 0-0 dengan pasukan dipimpin penolong jurulatih, German Burgos selepas pengurusnya, Diego Simeone masih menjalani hukuman penggantungan lapan perlawanan.

Aksi itu juga menyaksikan Atletico menurunkan lima pemain baharu iaitu Raul Jimenez dan Mario Mandzukic di bahagian serangan, Antoine Griezmann (sayap), Cristian Ansaldi (bek kiri) dan Miguel Moya (penjaga gawang).

Walaupun menampilkan skuad terbaik, Atletico tertekan sepanjang permainan.

Mereka hanya mampu menguasai permainan sebanyak 41 peratus berbanding 59 peratus milik tuan rumah serta sekadar mencatatkan dua sepakan tepat, jumlah yang sama dibuat Vallecano.

Atletico kini menghuni tangga ke-12 liga dan bakal melayan kunjungan Eibar di Estadio Vicente Calderon, Ahad ini. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment