Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

AMPANG: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin mengeluarkan perintah bagi menghalang mana-mana pihak termasuk media membincangkan atau menyebarkan gambar mengenai kes ke atas penyanyi Awie yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun pada 2 Jun lalu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan tersebut selepas mendengar permohonan peguam bela Awie iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran yang memberi alasan  perbincangan yang tidak berasaskan fakta mengenai kes itu mampu merosakkan reputasi anak guamnya.

Ayuni Izzaty bagaimanapun tidak menghalang pihak media daripada melaporkan kes berkenaan yang dibicarakan di dalam mahkamah agar tidak berlaku percanggahan fakta.

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Dalam pada itu, Hazman ketika ditemui diperkarangan mahkamah berkata, walaupun Awie seorang selebriti namun itu tidak bererti pihak luar boleh membuat telahan dan andaian terhadap kes yang sedang berjalan di mahkamah.

"Kita buat permohonan itu kerana tiada siapa patut membuat komentar, telahan atau andaian malah menyebarkan gambar-gambar kerana ia tidak adil kepada pihak tertuduh kerana ia mampu menjatuhkan reputasinya sebelum mendapat keadilan di mahkamah.

"Niat kita bukan ingin menentang kebebasan media dan tidak mempunyai masalah sekiranya pihak media ingin melaporkan apa yang berlaku dalam mahkamah atau pun kenyataan saksi," jelasnya.

Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

Mahkamah menangguhkan kes berkenaan pada 23 September depan.

0 comments:

Post a Comment