Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment

Kisah rumahtangga pelakon dan penyanyi popular Awie masih lagi dalam perbicaraan mahkamah. Nampaknya, kedua-dua pihak masih berpegang pada pendirin masing-masing.

Rasanya korang pun dah tahu bahawa hak penjagaan anak-anak diberikan kepada Awie kan? Malah Awie kini dikatakan bahagia dengan anak-anak tanpa Rozana.

Artikel Berkaitan : Kami Happy – Awie Bahagia Dengan Anak-Anak Tanpa Rozana

Iyalah, siapa tak sayang anak oii. Malah sejak krisis rumahtangganya bermula, Awie berusaha sebaik mungkin untuk menjadi bapa yang terbaik.


Kalau korang nak tahu, menerusi laporan mStar, Awie memberitahu dia sendiri tak dapat membayangkan kehidupannya tanpa anak-anak.

Kalau dulu saya hanya kerja dan cari rezeki untuk keperluan mereka sahaja, tetapi sekarang saya sentiasa berada bersama mereka. Kadang-kadang saya terpaksa curi-curi masa untuk balik ke rumah melihat keadaan mereka dan masak untuk mereka. 
Ketika sedang bekerja pun saya sering menghubungi anak saya yang sulung untuk tanya apa yang terjadi di rumah, bila balik rumah saya akan periksa bilik mereka dan cium satu-satu anak saya. 
Saya tidak dapat bayangkan kalau saya tidak dapat bersama mereka atau mungkin saya akan mati jika berpisah dengan anak-anak saya itu.

Sampai begitu sekali perasaan seorang bapa. Iyalah, bapa mana yang tak mahu lihat anak-anak membesar didepan mata kan. Siapalah yang sanggup berpisah dengan anak sendiri kan?


Malah, menurut Awie, anak-anaknya menangis apabila mengenangkan hukuman yang bakal dihadapi olehnya jika sabit kesalahan.

Saya tidak kisah apa masyarakat nak cakap pada saya yang penting saya tahu apa yang sedang saya lakukan dan menjaga kebajikan serta kepentingan mereka. Anak-anak saya menangis bila baca tentang hukuman yang bakal saya hadapi jika sabit kesalahan hingga membuatkan saya sendiri menangis sama

Tak mengapalah Awie. Kami salute dengan Awie yang tegar membesarkan anak-anak bersendirian. Kami doakan masalah rumahtangga ini akan selesai secepat mungkin.

Apapun, korang yang minat dengan lakonan Awie, jangan lupa saksikan teater Supermokh Sebuah Muzikal di Istana Budaya, bermula 8 September ini ya. ─ Oh Bulan!

0 comments:

Post a Comment