Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor adalah atas kapasiti isterinya itu sebagai Presiden PKR.

Anwar yang juga Ketua Umum parti itu menegaskan bahawa keputusan pencalonan Dr Wan Azizah adalah keputusan PKR dan ia harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat kerana kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu.

Ketika ditanya sama ada beliau bimbang PAS akan mengemukakan nama lain sebagai calon menteri besar berikutan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam supaya PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon menteri besar, Anwar menegaskan bahawa mereka harus menghormati keputusan yang telah dibuat.

“Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos lepas,” katanya.

Anwar mengulas demikian kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebelum prosiding perbicaraan kes samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anwar berkata PAS turut serta dalam proses membuat keputusan dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lepas yang dihadiri timbalan presidennya, setiausaha agung, wakil Wanita serta Pemuda PAS untuk mencalonkan Dr Wan Azizah.

Semalam Sultan Selangor menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Anwar juga berkata beliau terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang meminta rakyat Selangor menilai secara rasional perkembangan politik di Selangor.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ‘nepotisme terbuka’ sedang berlaku di negeri Selangor apabila wakil rakyat yang sihat disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri dan pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri berkenaan dicalonkan untuk menjadi menteri besar pula. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment