Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014


SUBANG JAYA - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akur dengan keputusan parti yang mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor baharu bagi menggantikan penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya dalam sidang akhbar hari ini, beliau menghargai keputusan Pas meletakkan namanya dan Wan Azizah sebagai calon bagi jawatan tersebut.

"Selaku Timbalan Presiden parti, saya patuh kepada keputusan yang dibuat oleh parti melalui perbincangan dengan rakan-rakan pimpinan PKR untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu seperti yang dipersetujui melalui Akuan Bersumpah yang telah dikemukakan dan dipersembahkan kepada pihak istana," katanya.

Hasil Mesyuarat Pimpinan Pas Peringkat Pusat yang berlangsung selama 90 minit pada hari ini mendedahkan dua nama, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu.

Keputusan tersebut telah meletakan kedudukan Wan Azizah dan Azmin dalam satu posisi bagi merebut jawatan Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.

Beliau yang mewakili PKR turut berkata pihaknya menghargai  keputusan Pas untuk terus bersatu dalam perikatan Pakatan Rakyat.

"Saya cukup menghargai dan berterima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas dan seluruh pimpinan Pas yang mencalonkan saya dan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

"Saya juga mewakili PKR menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Pas untuk kekal dan komited dengan Pakatan Rakyat," katanya lagi. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment