Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengerusi MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan, V. Subramaniam dan Ketua Wanita MIC Selangor, S. Bagiam Ayem Perumal hari ini mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua.

Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini.

Pelantikan semula Subramaniam, 59, dan Bagiam, 55, sebagai anggota Dewan Negara adalah untuk tempoh tiga tahun. Kedua-duanya pertama kali dilantik sebagai senator pada Ogos 2011.

Selain menjadi Ketua Wanita MIC Selangor, Bagiam merupakan Pengerusi Persatuan Pembangunan Kebajikan Wanita Selangor.

Subramaniam yang menjadi anggota MIC sejak 1977 pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam dan Keselamatan MIC dari 1989 hingga 1994.

Dalam ucapannya, Abu Zahar mengingatkan setiap anggota Parlimen supaya menghindari sikap perkauman atau menyentuh isu-isu agama semata-mata untuk politik murahan kerana ia boleh mengancam keharmonian rakyat dan keselamatan negara.

Kedua-dua senator itu ketika ditemui pemberita berkata mereka akan memikul tanggungjawab dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment