Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa ahli politik Iraq supaya menubuhkan kerajaan inklusif dengan segera bagi menghadapi pergerakan Jihad yang mengancam negara berkenaan.

Ban menggesa semua parti politik Iraq supaya mematuhi tempoh masa yang diperuntukkan untuk pemilihan Perdana Menteri.

Ban juga mahukan semua pemimpin di Iraq agar menggunakan kebijaksanaan bagi membentuk sebuah kerajaan yang diterima oleh semua komponen masyarakat di negara berkenaan, kata seorang jurucakap.

“Kerajaan berkenaan boleh menggerakkan negara ini bagi menghadapi ancaman daripada pergerakan Negara Islam (IS) dan membawa kestabilan dan keselamatan kepada seluruh negara,” kata jurucakap itu.

Parlimen Iraq menemui kebuntuan untuk memilih perdana menteri baru berikutan pilihan raya umum April lalu.

Perdana Menteri Syiah, Nuri al-Maliki yang berkuasa sejak 2006 lalu, bersetuju untuk memegang jawatan itu bagi penggal ketiga selepas gabungan partinya menang besar, tetapi golongan Arab Sunnah dan etnik Kurdis yang minoriti mahukan beliau diganti.

Pembentukan kerajaan lebih inklusif dilihat sebagai langkah penting bagi menentang ancaman daripada militan Negara Islam, yang mengambil kesempatan daripada masalah pemimpin Iraq yang lemah dan berpecah-belah itu. – AFP

0 comments:

Post a Comment