Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

KOTA BHARU- Longgokan sampah yang berbau busuk dan longkang tersumbat di kawasan tanah terbiar Lorong Tok Gading, Berek 12, di sini mengundang rasa tidak selesa penduduk di situ.

Penduduk, Sari Ngah, 78 berkata, sejak lebih tiga bulan lalu, terdapat longgokkan sampah yang sehingga kini tidak dipungut menyebabkan penduduk terpaksa menghidu bau yang meloyakan.

“Masalah sampah paling ketara pada seminggu sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri apabila penduduk tempatan dan mereka yang dari kawasan lain datang membuang sampah di tempat ini menyebabkan timbunan sampah mengeluarkan bau meloyakan.

“Saya tinggal di sini sejak 1995 dan masalah pembuangan sampah ini semakin teruk sehingga berlaku pergaduhan di tempat ini dan saya merayu pihak berkuasa tempatan ambil tindakan,” katanya kelmarin.

Pesara guru, Yam Weng Kong, 60 berkata, masalah sampah di kawasan itu boleh dikatakan berpunca akibat pembuangan sampah dari penduduk berdekatan dan orang luar kawasan berkenaan.

“Ada sesetengah pembuang sampah adalah dalam kalangan mereka yang lalu-lalang dan terdapat juga lori yang sengaja membuang sampah dalam jumlah yang banyak di situ menyebabkan lalat dan nyamuk membiak.

“Longkang yang tersumbat pula menyebabkan banyak jentik-jentik dan nyamuk membiak dan ramai penduduk sekitar menghidap demam denggi,” katanya.

Bagi pesara kerajaan, Abdullah Husin, 50 berkata, sebelum ini Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) pernah beberapa kali meratakan sampah, tetapi tidak memungutnya.

“Penduduk mencadangkan supaya MPKB-BRI menyediakan tempat pembuangan sampah khas dan memohon lebih banyak tong sampah besar diletakkan di kawasan ini bagi mengelak ketidakselesaan penduduk,” katanya.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menafikan Lorong Tok Gading adalah kawasan pembuangan sampah.

Setiausahanya, Rosnazli Amin berkata, kawasan berkenaan bukan kawasan pembuangan sampah yang disediakan MPKB-BRI kerana di kawasan sekitarnya, pihak tersebut membuat pungutan dari rumah ke rumah.

“Kawasan pembuangan sampah ini merupakan kawasan ‘diharamkan’ yang mana kadang-kala kontraktor sampah dan mereka tidak bertanggung jawab sering membuang sampah di situ kerana ia agak tersembunyi dari pandangan umum.

“Atas kesedaran, pihak MPKB-BRI beberapa kali terpaksa menghantar jentera penyodok bersama lori terbuka bagi membersihkan longgokan sampah haram berkenaan,” katanya.

Rosnazli berkata, ia bukan kawasan MPKB-BRI yang mana jika MPKB-BRI menyediakan tempat itu, pasti terdapat tong sampah kompektor atau jenis roro.

“MPKB-BRI cadangkan penduduk tidak membuang sampah di kawasan itu, gunakan tong sampah yang disediakan di setiap rumah masing-masing di taman berkenaan.

“Bagaimanapun, kita mengambil tindakan segera dengan menyodok sampah malam tadi (semalam) dan sebelumnya ada tong kompektor disediakan atas rungutan bau busuk, namun ia dibuka di tapak pembuangan sampah sekarang. Tapak sekarang lori kompektor tidak
dapat masuk,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment