Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Umno Kota Kinabalu mencadangkan Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan untuk keselamatan negara terutama di Sabah, pada Belanjawan negara akan datang.

Ketua Bahagiannya, Datuk Faisyal Diego berkata, menerusi penambahan peruntukan itu, pertahanan negara dapat dipertingkatkan khususnya di pantai timur Sabah.

“Tiada guna kita menikmati pembangunan yang pesat kalau negara kita mudah diceroboh oleh anasir luar yang menjejaskan keamanan negara,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Kinabalu yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, di sini, hari ini.

Faisyal turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan pasukan keselamatan negara yang telah bertarung nyawa menjaga keselamatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan Belanjawan 2015 di Parlimen pada 10 Oktober.

Sementara itu, Umno bahagian Kota Kinabalu dalam kenyataan sebulat suara bersetuju untuk mempertahankan jawatan Pengarah Pelajaran Sabah yang dipegang oleh Datuk Jame Alip.

Usul itu disuarakan oleh Pengerusi Biro Pendidikan Umno Kota Kinabalu, Sairin Saidin.

Antara usul lain, Sairin meminta Elaun Penempatan Wilayah (EPW) bagi guru-guru dari Semenanjung yang bertugas di Sabah diselaraskan dengan elaun guru-guru dari Sabah yang bertugas di Semenanjung. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment