Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014

No Comment


KUCHING – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat ini belum ada bukti yang menunjukkan wanita Malaysia menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Beliau berkata setakat ini berita itu masih dianggap khabar angin dan sedang disiasat.

Wan Junaidi berkata demikian dalam sidang akhbar ketika diminta mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider dua hari lepas yang mendakwa terdapat sekurang-kurang tiga wanita dari negara ini yang menyertai Isis untuk menawarkan ‘Jihad Al-Nikah’ atau jihad seksual.

Menurut portal berkenaan yang memetik kenyataan seorang pegawai perisik,  Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil), Wan Junaidi berkata pihak berkuasa negara sedang mengesan di mana mereka terbabit sedang berada dan siapa mereka.

Ditanya jumlah mereka yang dipercayai terlibat dengan  Isil, beliau berkata dalam lingkungan 20 orang.

“Mereka bukan kumpulan yang besar, kecil sahaja tapi pada pendapat saya mereka terbabit adalah kumpulan yang sesat kerana mereka beranggapan kalau mati dalam peperangan ia bermakna mati syahid,” katanya.

Wan Junaidi menjelaskan umat Islam di negara yang mahu terlibat dalam perang jihad perlu mendapat persetujuan negara dan diisytiharkan oleh fatwa negara.

“Tetapi dalam kes ISIS dan ISIL, tiada fatwa negara mengisytiharkannya… perjuangan mereka tidak boleh diterima oleh negara kita dan banyak  negara Islam lain juga tidak menyokong perjuangan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, katanya pihak berkuasa negara sedang memantau pergerakan keluar masuk rakyat negara ini ke luar negara bagi mengenal pasti kemungkinan ada antara mereka melibatkan diri dengan pergerakan kumpulan pengganas di luar negara.

“Kita tidak mahu Malaysia menjadi tempat untuk melatih pengganas atau tempat berteduh untuk orang yang mempunyai fahaman sebegini,” tegasnya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment