Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

PASIR PUTEH - Selain doa dan derma yang dihantar terus kepada rakyat Palestin, umat Islam boleh membantu umat Islam yang teraniaya di bumi Gaza dengan memboikot unsur yang memberi kekuatan kepada Yahudi.

Presiden Cakna Palestin, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, boikot mungkin tidak mampu menjadikan ekonomi Yahudi merudum dalam waktu singkat, tetapi tetap memberi kesan buruk sekiranya dilakukan secara berterusan.

Katanya, umat Islam mesti lakukan sesuatu supaya tidak menjadi individu yang membantu Yahudi menindas umat Islam Palestin.

“Kita lihat sendiri bagaimana Yahudi bertindak kejam terhadap umat Islam Palestin sehingga rakyat negara itu terperangkap apabila pintu Rafah sebagai perangkap.

“Selain berdepan kekejaman Yahudi, umat Islam juga berdepan pemimpin Arab sendiri yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Hamas,” katanya pada Program Bantah Kezaliman Zionis yang disertai kira-kira 200 penduduk berhampiran Masjid Ibrahimi di sini, kelmarin.

Turut hadir pada program anjuran Pakatan Rakyat Pasir Puteh, Pengerusi Cakna Palestin, Nazri Deraman; Pengarah Program, Zainuddin Awang Hamat; Ketua Muslimat Pas Pasir Puteh, Nor Asilah Mohamed Zain; Wakil rakyat Palestin, Dr Mahmoud Abu Marzuk dan Pengerusi Royalti Pasir Puteh, Zarir Yaakob.

Wan Mohd Sharafi berkata, Cakna Palestin turut mengadakan program konvoi membabitkan 200 motosikal berkuasa tinggi dari Kota Bharu ke Kuala Krai, Tanah Merah dan Rantau Panjang, kelmarin, bagi mengutip derma dan menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai kekejaman Yahudi.

Katanya, boikot mesti dilaksanakan secara tersusun dan berhemah bagi mengelak pihak tidak terbabit menjadi mangsa.

Menurutnya, serentak dengan itu, usahawan Melayu mesti bersatu dalam menyediakan produk alternatif untuk umat Islam yang dilihat membantu menguatkan ekonomi.

“Umat Islam di negara ini perlu bersatu bagi membela umat Islam yang tidak berdosa di Palestin daripada terus dizalimi rejim Zionis, penglibatan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi kekuatan kepada gerakan bantahan ini,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment