Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014

No Comment
Wilson Raj Perumal

SINGAPURA: Tahukah anda seorang bookie bola sepak boleh duduk di bangku simpanan, arah pemain dan jurulatih untuk menentukan keputusan perlawanan.

Ini adalah pendedahan mengejutkan dibuat bekas pengatur perlawanan warga Singapura, Wilson Raj Perumal sepanjang pembabitannya selama dua dekad sebagai bookie.

Perumal yang ketika ini berada dalam buangan, berkata dia memperoleh habuan besar hasil kerja haramnya iaitu sebanyak lima ke enam juta dolar (RM15.7 juta ke RM18.9 juta) sepanjang pembabitannya itu.

Dan jumlah yang diraihnya itu adalah hasil daripada mengatur 80 sehingga 100 perlawanan di seluruh dunia, termasuk perlawanan bertaraf 'elit'.

Lebih mengejutkan, Perumal turut mendedahkan 80 peratus daripada perlawanan yang ditentukan keputusannya 'berjaya.'

"Ada ketikanya saya akan berada di bangku simpanan, memberitahu pemain apa yang perlu dibuat, memberi arahan kepada jurulatih. Ia mudah. Tiada polisi seperti itu atau sebagainya," kata Perumal ketika ditemuramah laman web CNN.

Begitupun, pelarian berusia 49 tahun itu mengakui tiada jaminan pemain yang diberikan suapan akan ikut segala arahan yang diberikan olehnya.

"Tiada sebarang tanda aras boleh diletakkan pada tahap kejujuran seorang pemain atau pun tahap komitmen mereka," katanya.

Dakwa Perumal, antara perlawanan besar yang pernah diaturkan termasuk di Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Sukan Olimpik Atlanta pada 1994.

"Ia (bola sepak) bukan lagi sukan. Ia lebih kepada perniagaan ketika ini. Kami hanya cuba mencari duit daripada perniagaan ini," katanya yang tidak merasa bersalah atas pembabitannya sebagai bookie.

Sekalipun memperoleh jumlah lumayan dan hidup mewah hasil kerja haramnya, Perumal mengakui sudah menghabiskan semua wang yang diraihnya dalam perjudian.

Perumal ketika ini berada di Hungary dan diletakkan di bawah perlindungan polis dan membantu mereka dalam siasatan mengatur perlawanan.

Dia ditahan di Finland pada 2011 sebelum menghabiskan hukuman penjara selama satu daripada dua tahun yang dikenakan kepadanya kerana mengatur perlawanan di negara terbabit.

Pada April lalu, Perumal menerbitkan buku autobiografi bertajuk 'Kelong Kings' atau Raja Kelong yang memberi pendedahan secara terperinci bagaimana dia beroperasi di Singapura dan Malaysia pada awal era 90-an.

Perumal mendakwa dia ditahan di Finland kerana dibelot oleh Dan Tan, seseorang yang dikatakan ketua kepada sindiket pengatur perlawanan besar yang ketika ini ditahan di Singapura bersama tiga rakan yang bersubahat dengannya.

Perumal turut dikehendaki di Singapura kerana lari daripada membayar wang jaminan pada 2010.

Dia melarikan diri melalui bandar-bandar di negara Asia Tenggara selepas disabit kesalahan kerana menyerang pegawai undang-undang awam atas kesalahan tiket parkir dan dikenakan penjara selama lima tahun.

Polis Singapura berkata mereka ketika ini sedang mencari cara untuk membawa Perumal ke negara terbabit untuk menghadapi hukumannya. - AFP

0 comments:

Post a Comment