Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama membabitkan kira-kira 1,000 buah buku panduan ringkas mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk perniagaan yang mengandungi panduan asas sedia untuk edaran pada Sabtu ini, kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy.

“Dengan garis panduan yang mudah, syarikat perlu tahu apa yang mereka perlu lakukan.

“Kumpulan pertama naskhah percuma itu adalah dalam bahasa Inggeris, diikuti versi Bahasa Malaysia dan kemungkinan dalam bahasa lain dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama di luar acara program latihan dan kesedaran mengenai GST di sini hari ini.

Buku panduan GST itu akan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dalam sebuah program di Bangsar, di sini, anjuran Sekretariat bagi Memperkasa Usahawan India (SEED) pada Sabtu, dengan kira-kira 1,000 peserta dijangka hadir.

“Sehingga semalam, 10,127 perniagaan mendaftar bagi skim GST. Kira-kira 80 peratus daripada mereka adalah daripada perusahaan kecil dan sederhana, kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan dan berasaskan pembuatan,” katanya.

Jabatan Kastam telah menetapkan matlamat untuk menarik 123,000 syarikat mendaftar bagi skim GST pada akhir September. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment