Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 28, 2014

No Comment

SHAH ALAM - Sebuah badan gabungan 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan perhimpunan rakyat pada Sabtu ini bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu.

Perhimpunan rakyat yang diberi nama 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' itu akan diadakan selama dua jam mulai 3 petang di Padang Sultan Sulaiman (Padang Kota Raja), Klang, dan segenap lapisan rakyat diminta menyatakan sokongan mereka dengan menghadiri acara itu.

Antara NGO yang menyertai gabungan itu yang digelar Angkatan Rakyat Sedar (Aras) ialah Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Seni Tanjong Karang, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.

Pengerusi Aras, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata perhimpunan itu bertujuan mengucapkan kesyukuran dan terima kasih rakyat Selangor atas kebijaksanaan
baginda menangani isu semasa di negeri itu.

"Ia juga diadakan bagi memberitahu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa majoriti rakyat Selangor sangat berpuas hati dengan cara pentadbiran yang dipraktikkan oleh beliau dan memohon supaya diteruskan budaya ini selagi mana dikehendaki Sultan Selangor," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata pihaknya menyasarkan penyertaan lebih 2,000 rakyat Selangor pada majlis yang akan diisi dengan program seperti pertunjukan kebudayaan, pentomin yang mengisahkan situasi yang berlaku di negeri itu ketika ini dan pidato.-Bernama

0 comments:

Post a Comment