Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Jantina bakal anak hasil perkongsian hidup Rozita Che Wan dan Zain Saidin sejak 11 Disember lalu bukan rahsia lagi. Pasangan sama padan ini dijangka menyambut bayi perempuan pada hujung Oktober depan. Ketika ini berat badan Rozita sudah mencecah 70 kilogram berbanding sebelum mengandung iaitu 49 kilogram.

Menurut Rozita paling berat ketika mengandungkan kedua -dua anaknya, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra menerusi perkahwinan terdahulu, berat badannya pernah mencecah 90 kilogram. Namun selepas itu, Rozita berjaya menguruskan berat badannya seperti asal.

"Tak sabar sebenarnya nak melahirkan anak ini kerana saya sudah tak larat nak bawa perut. Malah saat ini timbul juga resah sama ada berat badan turun. Dulu senanglah masa mengandung dan bersalin pada usia 20-an. Dulu 45 kilogram pun boleh dikurangkan dalam masa tiga bulan.

"Macam sekarang dengan usia sekarang, tak tahulah pula sama ada cepat atau tidak proses menguruskan berat badan ini. Cuma saya bersyukur doa yang hari-hari dipanjat untuk mendapatkan anak perempuan akhirnya dimakbulkan," katanya.

Menurut Rozita, Astro sudah mendapat hak eksklusif untuk menyiarkan wajah anak perempuannya nanti. Malah ketika ini, Zain dan Rozita juga sudah memikirkan nama yang baik untuk bakal anak mereka nanti. Persiapan untuk bakal anak mereka juga sudah hampir siap.

Pakaian bakal anak mereka sudah dibeli Rozita dan Zain sejak Jun lalu ketika bercuti ke London. Rozita menjelaskan, beliau memang jadi rambang mata kerana pilihan pakaian bayi perempuan memang banyak.

"Memang kami masing-masing berebut pilih nama anak. Saya tak kisah, selagi nama itu memberi maksud yang baik, saya ok saja. Ketika sarat mengandung ini pun saya masih ada komitmen mengacarakan program Primadona di Astro untuk musim ketiga.

"Kalau tiada sebarang komitmen, saya juga akan memasak di rumah dan menjamu suami makan. Memang saya tak guna pun khidmat pembantu rumah. Semua kerja saya buat sendiri termasuklah mencuci tandas. Yang lucunya, Zain tak bagi saya buat kerja rumah lagi tetapi bukan dia nak tolong buatkan pun bagi meringankan beban.

"Alhamdulillah biarpun orang selalu cakap kalau melahirkan anak perempuan ini saya jadi garang, tapi setakat ini ia masih terkawal. Saya pun tak loya atau ada alahan itu dan ini. Paling kuat mengidam makan pun saya teringin burger di tepi jalan," katanya yang turut meluangkan masa menguruskan butik Padusi di Subang Jaya.

Ketika ini, Rozita juga mula berjinak-jinak dalam dunia penerbitan menerusi syarikat Padusi Picture. Rancangan Rahsia Memikat Suami yang dikendalikan hos Jihan antara yang diterbitkan Rozita. Rozita masih bernaung di bawah pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment Sdn Bhd milik Dafi dan rakan kongsinya, Afeeq.

"Selepas bersalin nanti, saya akan berlakon kerana itu antara periuk nasi saya. Kini saya juga masih duta mempromosikan produk Safi Rania, Jakel, One Drop Perfume dan MV Coffee," katanya. - BH Online

0 comments:

Post a Comment